Want your
own Fotopage?













 
qistin's fotopages

By: qistin shaari

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Sunday, 3-Aug-2008 22:15 Email | Share | | Bookmark
Bebi Kichi

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 12 photos...

aku br nk sound suh ko update gamba..tgk2 dh byk..hehe
bagus2..gud gurl
cmtula kl nk kawen..hehe
Sat 9-Aug-2008 18:24
Posted by:mie
hehe..xpe..qistin doa2 semua lancar eh...hehe....selamat bercuti natsu!!
Mon 11-Aug-2008 09:49
Posted by:nurrina  - [Link]
Add comment


Saturday, 2-Aug-2008 13:58 Email | Share | | Bookmark
川北祭り

 
org x ramai lg
 
 
 
 
View all 17 photos...
kami btolak awal,x terperangkap dlm kesesakan lalulintas,sampai awal,dpt cari port best...siap nak tlg chop tmpat utk bdk2 toyama yg seramai 30 org tu lg...mase sampai tu mmg org x ramai lg...(sila rujuk gmbr 1)tp zannen x de alatan yg cukup nk chop tmpat utk org toyama yg ramai tu...yela,kami 8 org je...diorg pon sampai lmbt sgt...nihonjin dah duduk la kat tmpat2 kosong tu...gomenne...

ape2pon...TANOSHIKATTA

Care to comment?


Sunday, 20-Jul-2008 23:36 Email | Share | | Bookmark
Tired

hmmm...good luck dan selamat berjuang kpd rakan2 yg akan dan sedang menghadapi final exam 4 this semester ...belajar rajin2...(ditujukan utk diriku jua)...semoga mendapat keputusan yg cemerlang,insya Allah...Amin
(x mampu tulis byk,sgt sibuk skrg)

counting days...

counting days to dot dot dot...
hehe..
Sat 2-Aug-2008 08:17
Posted by:mee
aah....psst..mggu lps bj kitorg dah siap...10hb ni sepasang benda pnting plk akan siap.... lebih excited...
Tue 5-Aug-2008 16:01
Posted by:qiss qistin_11@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Sunday, 29-Jun-2008 23:21 Email | Share | | Bookmark
23

 
 
 
View all 9 photos...
HAPPY BIRTHDAY my dear!!



aktiviti:
gi 100満ボルトade sale for member,org pnye la ramai sbb sape yg pegi je dpt hadiah(utk member je la,yg ade kupon),pegi tu pon sbb nak amik hadiah je sbnrnye,hihi...sorg bleh pilih 1 hadiah je...hadiah yg nak tu dah hbs,terpaksa la amik yg lain...tp puas hati jgk la dgn hadiah tu...berbaloi la gi sana hujan2 pon...then gi Vivre SATY...kat saty pon ade bargain sale jgk...beli 2,3 brg yg mmg nak,pastu blk...
ops blom blk,lps tu gi dinner...mula2 plan nak mkn kat Bebi Kichi(mee,tokushima ade Bebi Kichi??)...tp penuh smpai nak parking pon x bleh...slalu x penuh cmtu...mls nak tggu lama2,then tukar plan,mkn kat tmpat lain...frust btol ...gi tgk kat Joyfull,x ramai org ...jdnye mkn kat situ je..
sekian saje....tggu entry seterusnye entah bile...

happy birthday my dear!!eheks
cik qiss jgn marah..maen2 jek
1st time dgr bebi kichi..kakaka..tokushima ni serbe sedrhane
omedetou na kwnku..smg bahagia,gumbira slalu..doakn aku jgk..kihkihkih

Wed 2-Jul-2008 12:58
Posted by:mirza
39 ngehehe...
ooo...x de ek...lain kali kalau aku gi aku tgkap gmbr la...hehe...
Wed 2-Jul-2008 13:56
Posted by:qiss  - [Link]
Add comment


Friday, 13-Jun-2008 14:34 Email | Share | | Bookmark
OMIYAGE

 


oishikatta!!

pegi shizuoka ke?
Mon 16-Jun-2008 18:35
Posted by:mee
bkn aku....いただいたお土産 je...sedap,mcm kuih baulu yg manis
Tue 17-Jun-2008 02:22
Posted by:qiss  - [Link]
Add comment


Thursday, 5-Jun-2008 09:28 Email | Share | | Bookmark
Belajarlah untuk berkata cukup

nak share something dpt dr email...

Quote:
Belajarlah Untuk Berkata Cukup
"Oleh: Abu Naqibah


Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang
disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan te rgolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya.Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...)
"Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't
know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).
Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga
selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta.Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?
Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya,tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin,kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan ?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya.
Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi.
Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.
Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat,Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya,berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah,petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat.Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang dibawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak.Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan ?

Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini,dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF.Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750.
Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!
Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang,ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang,
semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari . Ini benar2 terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2.Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah
maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak,duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh.Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam.Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia.Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya.
Bersyukurlah Allah telah menunaikan..-.

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir.Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw
pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang
sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong.

Wallahu'alam.-..

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmatsyurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata CUKUP....ALHAMDULIL-LAH ....."

" Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN.
Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA.
Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika ada keburukan pada dirimu.
Bimbinglah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan de ngannya berdoalah dia milik kita ".

Care to comment?


Sunday, 4-May-2008 08:18 Email | Share | | Bookmark
Uchinada-WORLD KITE FESTIVAL

 
 
 
View all 10 photos...

aku pasan tige2 favorites ko tuh psl kawen2 je..hehe
Fri 30-May-2008 15:49
Posted by:mee
aku x prasan...
Sat 31-May-2008 03:50
Posted by:qiss  - [Link]
Add comment


Saturday, 3-May-2008 16:02 Email | Share | | Bookmark
Tonami Tulip Fair

 
 
 
View all 17 photos...

cantik kan...
Tue 6-May-2008 02:48
Posted by:qiss  - [Link]
waa tulip..aku xjmpe lgk tulip..aritu nk pi tgk tulip ujan plak..last2 xpegi lgsg
...man jadik mat bunge.hehe *man jgn mare..
Mon 12-May-2008 00:10
Posted by:mie
x pe...thn dpn ko pegi la...thn dpn aku x gi dah,cukup la gi mase 1nen ngan 3 nen ni...nak masuk kena byr 1000yen plak tu...
Tue 13-May-2008 01:29
Posted by:qiss  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 4-Dec-2007 10:01 Email | Share | | Bookmark
Selamat pengantin baru,Abe An & Kak Ad

 

oi oi oi update!!!!!
Sat 26-Apr-2008 08:48
Posted by:mie
hohho...dah ade org sound...letak gmbr lama bleh ke?
busy la 3nensei ni,jikken x hbs2...semggu 3kali..plus report & kadai tankyuu lg...
nnti aku letak gmbr,ok..
Sun 27-Apr-2008 04:39
Posted by:qiss  - [Link]
hoho..smpai 3kl semggu jikken..aku 2kali je..bln dpn dh nk happyo
ape aku nk happyo pon xtau..jikken pon xpaham..hehe

gambar lame pon ok..hehe
Tue 29-Apr-2008 02:54
Posted by:mie
Add comment


Saturday, 13-Oct-2007 06:25 Email | Share | | Bookmark
Hari Raya Aidilfitri 1428H

 
 
 
View all 35 photos...

sorg merah,sorg biru
seb xkawen lgk,kl ade anak,anak ko ijau ek
Fri 9-Nov-2007 10:44
Posted by:mee
sorg merah,sorg biru
seb xkawen lgk,kl ade anak,anak ko ijau ek
Fri 9-Nov-2007 10:45
Posted by:mee
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.